|
Lini
Produk Hikmah |
|
|
|
Hikmah
Newsletter |
Daftarkan email Anda untuk dapat menerima
newsletter Mizan.
|
|
Katalog Hikmah |
|

Telusuri katalog |
|
 |
| Buku PTS di Indonesia: Laku 20.000 dalam Masa 3 Bulan! (27/05/2007) |
Inilah buku Ann Wan Seng, RAHASIA BISNIS ORANG CINA, bestseller PTS yang juga menjadi bestseller buku bisnis di Indonesia.
Buku ini terjual 20,000 unit. Ia dicetak 4 kali dalam tempoh 3 bulan pertama diterbitkan oleh PT MIZAN sebagai edisi Indonesia. Setiap cetakan 5 ribu naskhah.
Siapa kata buku Malaysia tidak dapat diekspot ke Indonesia….
Diambil dari website Universitas Terbuka PTS Malaysia
http://www.universitipts.com/?p=1630
Kalau buku yang mahu diekspot ke negara itu dicetak di Malaysia, memang susah mahu mengekspotnya ke negara itu.
Tidak ada pengedar Indonesia yang mahu mengimpot buku cetakan Malaysia. Buat apa?
(a) Bahasa Melayu Malaysia kurang difahami di Indonesia, jadi buku susah dijual. Buku itu perlu diedit bahasanya dan diIndonesiakan dulu.
(b) Wajah kulit buku desain Malaysia kurang memikat citarasa pembeli Indonesia. Ia perlu kulit yang didesain oleh seniman buku di sana, yang fasih dengan citarasa rakyat negara mereka sendiri.
(c) Judul buku originalnya di Malaysia pun mungkin tidak memikat pembeli Indonesia.
(d) Blurp buku Malaysia juga tidak sesuai bagi pasaran Indonesia. Baca blurp buku ini yang memetik kata-kata hikmat tokoh usahawan muda terkenal di negara itu, Rhenald Kasali.
(e) Harga buku yang diterbitkan di Malaysia 2 kali lipat lebih mahal! Tambah kos penghantaran, ia akan jadi 3 kali lipat lebih mahal apabila dijual di Indonesia. Dijamin tidak laku….
Dengan menerbitkan semula buku-buku PTS sebagai edisi Indonesia dan dicetak di Malaysia, buku-buku itu dapat dijual di sana dengan harga 50% lebih murah daripada harga buku originalnya di Malaysia.
|
|